JUMLAH kematian akibat banjir dan tanah runtuh di timur Jepun meningkat kepada lapan orang hari ini. FOTO EPA
JUMLAH kematian akibat banjir dan tanah runtuh di timur Jepun meningkat kepada lapan orang hari ini. FOTO EPA
Reuters

TOKYO: Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di timur Jepun meningkat kepada lapan orang hari ini.

Bencana disebabkan hujan lebat itu turut menambah bilangan mangsa hilang kepada empat orang, lapor stesen televisyen NHK.

Tanah runtuh tercetus di kawasan air bertakung di Chiba dan Fukushima selepas dua wilayah itu dilanda ribut untuk kali ketiga dalam tempoh enam minggu.

Bandar Ushiku di Chiba dilaporkan menerima hujan 283.5 milimeter selama 12 jam.

Justeru, perintah berpindah sudah dikeluarkan kepada penduduk di utara Jepun yang dibadai dua taufan sejak bulan lalu.

Pihak berkuasa turut memberi amaran kejadian tanah runtuh dan banjir mungkin berlaku lagi terutamanya di kawasan yang dilanda Taufan Hagibis sebelum ini.

Menurut NHK, taufan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 88 orang terbunuh dengan tujuh orang masih hilang dan 300 lagi cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 11:01 AM