MAYAT kanak-kanak itu sudah berjaya dibawa keluar dalam satu operasi besar-besaran. FOTO AGENSI
Agensi

NEW DELHI: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap selama empat hari selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam hampir 100 meter disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya sudah mereput.

Media India melaporkan, mayat kanak-kanak itu sudah berjaya dibawa keluar dalam satu operasi besar-besaran untuk menyelamatkannya.

Budak lelaki itu, Sujith Wilson terjatuh ke dalam perigi seluas 30 sentimeter pada tengah hari Jumaat lalu ketika bermain berhampiran rumahnya di Tiruchirappalli di negeri Tamil Nadu.

Seorang pegawai kerajaan Tamil Nadu, J Radhakrishnan berkata, segala usaha untuk mengeluarkan mangsa dengan selamat sudah dilakukan tetapi gagal.

“Mayat mangsa sudah hampir reput sepenuhnya, menyebabkan perigi itu dipenuhi bau amat busuk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 10:25 AM