JEREBU menyelubungi bandar raya New Delhi, India. FOTO Reuters
Reuter

NEW DELHI: Doktor dan penduduk mendesak pihak berkuasa New Delhi menutup sekolah dan membatalkan acara sukan di kawasan terbuka susulan tahap pencemaran udara di sini kekal pada paras berbahaya selama dua hari berturut-turut.

Menurut garis panduan pencemaran udara Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB), kebakaran ladang di negara-negara jiran menyebabkan jerebu menyelubungi bandar raya itu, memerangkap asap yang boleh mengancam nyawa 20 juta penduduknya.

Indeks kualiti udara CPCB yang sudah melebihi 400, dalam skala berbahaya boleh menjejaskan kesihatan penduduk terutama yang mempunyai penyakit pernafasan. Bacaan pencemaran di beberapa kawasan kini mencapai 500, tahap paling teruk dan berbahaya menurut skala kerajaan.

“Ia berkaitan isu kecemasan kesihatan awam. Kini, keadaan paru-paru jauh lebih hitam berbanding 20 tahun lalu,” kata pakar paru-paru Hospital Ram Manohar Lohia, Desh Deepak.

Sebagai inisiatif, beberapa kumpulan penduduk dan doktor memuat naik status di Twitter agar pihak berkuasa menutup sekolah sehingga tahap kualiti udara bertambah baik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 10:55 PM