Skip this ad x
SEDUTAN rakaman Niconico ketika terjatuh mendaki Gunung Fuji.
Agensi

TOKYO: Seorang YouTuber warga Jepun dipercayai mati selepas terjatuh ketika membuat siaran langsung di Gunung Fuji dalam kejadian pada Isnin lalu.

Menerusi satu rakaman video, lelaki yang menggunakan nama samaran Tedzu di platform perkongsian video, Niconico dilihat sedang mendaki ke bahagian puncak sebelum tergelincir.

Rakaman itu menunjukkan dia terjatuh selama beberapa saat sebelum siaran langsung terpadam.

Keadaan cemas itu menyebabkan penonton yang melihat rakaman video terbabit memaklumkan pihak berkuasa.

Polis kemudiannya menghantar sebuah helikopter ke kawasan itu dan menemui mayat di laluan Subashiri yang terletak pada ketinggian kira-kira 2987 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 11:16 AM