ANTARA mangsa yang cedera terkena bedilan serangan udara Israel. FOTO REUTERS
ANTARA mangsa yang cedera terkena bedilan serangan udara Israel. FOTO REUTERS
AFP

BAITULMAQDIS: Seorang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas serangan roket ke atas mereka.

AFP melaporkan, berpuluh serangan dilancarkan terhadap Palestin awal pagi tadi yang menyasar pangkalan Hamas dan sekutunya, kata sumber keselamatan di Gaza.

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas kepada 10 roket yang didakwa dilancarkan ke atas selatan Israel.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Ahmed al-Shehri, 27.

Tentera Israel berkata, serangan itu dilakukan ke atas beberapa sasaran termasuk kedudukan tentera laut, kawasan tentera dan kemudahan pengeluaran senjata Hamas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 1:55 PM