TENTERA memeriksa kawasan letupan bom di utara Tel Abyad. FOTO Agensi
Reuters

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 30 lagi cedera selepas sebuah kereta membawa bom meletup di di bandar Tel Abyad hari ini.

Agensi Anadolu melaporkan, kereta itu meletup di sebuah pasar yang terletak di tengah bandar Syria itu yang terletak di sempadan Turki.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, pejuang proTurki dan orang awam antara mangsa yang terkorban dan cedera.

Kerajaan Turki menuding jari kepada puak Kurdish dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) atas serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 11:47 PM