ANGGOTA keselamatan ketika mengawal tempat kejadian. FOTO/AFP
AFP

TAL ABYAD: Sekurang-kurangnya 13 orang maut akibat letupan bom kereta di bandar sempadan di timur laut Syria semalam ketika ribuan penduduk Kurdis menentang pencerobohan Turki.

Letupan itu menggegarkan Tal Abyad iaitu satu daripada beberapa bandar yang pernah dikuasai Kurdish yang ditawan Turki bulan lalu dalam serangan merentas sempadan.

Kejadian berlaku walaupun gencatan senjata dibuat minggu lalu untuk menghentikan serangan Turki yang bermula pada 9 Oktober lalu dan mencetuskan bencana kemanusiaan terbaharu dalam perang lapan tahun Syria.

Kementerian Pertahanan Turki berkata, 13 orang awam terbunuh dalam serangan itu dengan menyalahkan pemisah Kurdish.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain melaporkan, 14 pemisah pro-Ankara dan orang awam terbunuh dalam letupan itu.

“Bagi menggantikan pemilik sebenar tanah ini dan membawa balik pelarian Syria di Turki ke tanah air mereka di timur laut Syria, tentera Turki dan proksinya kini menimbulkan huru-hara di Til Abyad dengan letupan yang menyasarkan penduduk awam.

“Turki bertanggungjawab di atas kematian orang awam di rantau ini,” kata jurucakap Pasukan Pertahanan Syria Mustafa Bali menerusi Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 9:24 PM