SEBUAH trak kontena membawa bersama 39 mayat pendatang haram ke Britain ditahan pada 23 Oktober lalu.
SEBUAH trak kontena membawa bersama 39 mayat pendatang haram ke Britain ditahan pada 23 Oktober lalu.
Reuters

HANOI: Polis Vietnam menahan lapan lagi orang yang mempunyai kaitan dengan penemuan 39 mayat warga negara itu dalam sebuah trak berhampiran London minggu lalu, lapor media tempatan hari ini.

Minggu lalu, polis Britain mendakwa dua lelaki atas tuduhan menyebabkan kematian pendatang terbabit selepas mayat mereka ditemui dalam trak kontena pada 23 Oktober lalu.

“Berdasarkan maklumat daripada suspek terbabit, kita akan melakukan siasatan untuk membanteras sindiket ini yang membawa pendatang haram ke Britain.

“Apa yang terbaik untuk dilakukan berhubung kejadian itu ialah membantu keluarga mereka menerima mayat terbabit,” kata ketua polis wilayah Nghe An, Nguyen Huu Cau, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Katanya, polis menyiasat kes itu sebagai penyeludupan dan bukannya pemerdagangan orang, lapor VNA.

Berita berkaitan:

'Saya minta maaf ibu'

2 ditahan susulan 39 mayat warga China

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 6:22 PM