CYPRUS semalam memulakan proses melucutkan kerakyatan 26 orang yang menerimanya di bawah skim pasport rahsia untuk pelaburan. FOTO REUTERS
Reuters

ATHENS: Cyprus semalam memulakan proses melucutkan kerakyatan 26 orang yang menerimanya di bawah skim pasport rahsia untuk pelaburan, dengan mengakui ia mempunyai kelemahan.

Negara di kepulauan Mediterranean itu diasak dengan pendedahan skim pelaburannya sejak Reuters secara eksklusif melaporkan senarai penerima dari Kemboja, termasuk ketua polis dan menteri kewangannya.

Tindakan membatalkan kerakyatan itu agak luar biasa dan langkah itu diambil selepas pihak berkuasa melancarkan siasatan berikutan laporan itu.

Menteri Dalam Negeri Cyprus Constantinos Petrides tidak mendedahkan kerakyatan atau identiti mereka yang terjejas.

Namun sumber Cypriot memberitahu kumpulan itu termasuk sembilan warga Russia, lapan Kemboja, lima warga China, dua Kenya, seorang Malaysia dan seorang rakyat Iran.

Mereka terbabit dalam sembilan projek pelaburan, di mana kumpulan pelabur asing dalam perkongsian mendapat daripada skim berkenaan.

Cyprus memberi kerakyatan untuk pelan pelaburan sejak 2013, di mana pelaburan minimum 2 juta euro (RM9.17 juta) boleh membeli sebuah pasport dan perjalanan tanpa visa di seluruh negara Kesatuan Eropah (EU).

Dalam tempoh lima tahun antara penerimaan skim kerakyatan pada 2018, kerajaan Cyprus meluluskan 1,862 permohonan. Termasuk anggota keluarga, jumlah itu lebih 3,200 dan hampir 4,000 pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 10:36 AM