PIHAK berkuasa dipanggil ke lokasi sebaik sahaja runtuhan di auditorium West End berlaku. FOTO REUTERS
Reuters

LONDON: Separuh dari siling di Teater Piccadilly London runtuh semalam ketika pementasan ‘Death of a Salesman’ karya Arthur Miller, menyebabkan beberapa penonton mengalami cedera ringan sebelum dipindahkan ke lokasi selamat.

Pihak berkuasa dipanggil ke lokasi sebaik sahaja runtuhan di auditorium West End berlaku, sebelum jam 8 malam (waktu tempatan).

“Seramai 1,100 orang dipindahkan dari teater berkenaan manakala beberapa orang mengalami kecederaan ringan selepas serpihan siling jatuh menimpa penonton,” kata Briged Bomba London.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana selamat dipindahkan. Kami memohon maaf dan gembira kerana tiada yang cedera,” kata Wendell Pierce yang memegang watak sebagai Willy Loman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 12:19 PM