Reuters

BAITULMAQDIS: Cadangan Israel membina kereta kabel merentasi Baitulmaqdis ke tembok Bandar Lama mencetuskan kemarahan rakyat Palestin yang bimbang ia akan menghapuskan tinggalan warisan di kawasan terbabit.

Reuters melaporkan, kereta kabel itu akan membawa kira-kira 3,000 pelancong dan penganut dari barat Baitulmaqdis pada setiap jam.

Perjalanan ke timur Bandar Lama itu akan mengambil masa kira-kira empat minit perjalanan.

Rancangan itu diteruskan minggu ini apabila jawatankuasa khas diketuai menteri kewangan Israel memberi kebenaran.

Rakyat Palestin berkata, laluan dicadangkan itu hanya beberapa meter saja di atas rumah mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 1:36 AM