AFP

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh memindahkan sekitar 100,000 penduduk yang tinggal di persisiran pantai dan pulau ke kawasan selamat sebelum Taufan Bulbul melanda negara itu malam ini.

Amaran bahaya paling tinggi sudah dikeluarkan dan taufan itu akan melanda berhampiran hutan paya bakau terbesar di dunia, Sundarbans.

Taufan Bulbul dijangka tiba sekitar jam 8 malam waktu tempatan, kata Setiausaha Pengurusan Bencana, Shah Kamal.

Menurutnya, pihak berkuasa turut merancang untuk memindahkan lagi seramai 1.5 juta orang.

Susulan itu, peperiksaan umum sekolah ditunda dan manakala cuti pegawai kerajaan di kawasan terjejas dibatalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 4:24 PM