INSIDEN tiga ditikam di King Abdullah Park semalam. FOTO AFP
AFP

RIYADH: Tiga pelakon ditikam seorang ekspatriat dari Yaman ketika mengadakan persembahan teater di King Abdullah Park, semalam.

Berdasarkan rakaman menerusi siaran televisyen, lelaki berusia 33 tahun itu naik ke atas pentas lalu menyerang mangsa.

Polis dalam kenyataannya berkata, lelaki terbabit sudah ditahan dan polis turut menemui pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Menurut polis, dua pelakon lelaki dan seorang wanita itu dilaporkan dalam keadaan stabil, namun kenyataan tidak mendedahkan maklumat mengenai motif kejadian.

Serangan itu adalah yang pertama berlaku sejak Arab Saudi melonggarkan sekatan terhadap hiburan di negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 10:37 AM