14 penumpang terbunuh manakala 40 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di Brahmanbaria, timur Bangladesh awal pagi ini. FOTO Agensi
Reuters

DHAKA: Seramai 14 penumpang terbunuh manakala 40 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di Brahmanbaria, timur Bangladesh awal pagi ini.

Kemalangan itu berlaku pada jam 3 pagi waktu tempatan ketika kereta api menuju ke Chittagong bertembung dengan kereta api menghala ke Dhaka.

Pertembungan itu menyebabkan beberapa gerabak kereta api berkenaan remuk dan pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan penumpang yang terperangkap.

Pihak berkuasa tempatan berkata mayat 14 penumpang sudah dikeluarkan dan menjangkakan jumlah kematian akan meningkat berikutan operasi menyelamatkan mangsa masih diteruskan.

Namun, masih kurang jelas bagaimana dua kereta api terbabit boleh berada di atas landasan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 10:57 AM