WARGA Palestin memeriksa kediaman Baha Abu Al-Ata selepas dibedil tentera Israel. FOTO AFP
AFP

GAZA CITY: Komander kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ), Baha Abu Al-Ata terbunuh dalam serangan tentera Israel awal pagi ini.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan mengumumkan kematian Baha, 42, selepas Israel mengesahkan menyerang kediamannya di Semenanjung Gaza.

Menurut PIJ, isteri Baha turut terbunuh dalam serangan itu.

Serangan itu hasil kerjasama pihak tentera dan perkhidmatan keselamatan domestik Israel, Shin Bet.

Sementara itu, penduduk melaporkan letupan kuat kedengaran dari kediaman Baha dan Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan, dua mangsa terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 1:46 PM