PIHAK polis berkawal di lokasi kejadian. FOTO AFP
Reuters

MEDAN: Enam orang cedera selepas seorang lelaki meletupkan diri di luar ibu pejabat polis Medan hari ini.

Setakat ini, motif serangan masih tidak diketahui lagi dan penyerang dilaporkan terbunuh dalam kejadian jam 8.40 pagi itu.

Jurucakap polis, Dedi Prasetyo berkata, empat pegawai polis dan dua orang awam cedera selepas suspek meletupkan diri di tempat letak kereta.

“Serpihan di tempat kejadian akan dihantar ke makmal forensik bagi memastikan jenis bom,” kata Dedi pada sidang media.

Siaran televisyen tempatan memaparkan suspek yang memakai jaket menyerahkan beg galasnya untuk diperiksa sebelum masuk ke kawasan letak kenderaan.

Unit Pencegah Keganasan Indonesia, Densus 88 masih menyiasat sekiranya serangan itu dilakukan seorang diri atau membabitkan kumpulan pengganas.


POLIS Indonesia sedang memeriksa mayat pengebom berani mati berkenaan. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 3:42 PM