PELURU berpandu dilancarkan di Tebing Gaza. FOTO AFP
Reuters

GAZA: Enam sekeluarga di Gaza maut termasuk kanak-kanak selepas kediaman mereka dibedil peluru berpandu Israel hari ini, kata pegawai perubatan dan penduduk.

Korban terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang terbunuh dalam peperangan terbaru itu meningkat kepada 32 orang dalam tempoh 48 jam.

Pegawai perubatan berkata, serangan pada waktu subuh di sebuah rumah di Deir al-Balah menyebabkan enam maut termasuk wanita dan seorang kanak-kanak.

Seramai 12 lagi penduduk cedera. Semua mangsa adalah orang awam.

Serangan peluru berpandu itu dilancarkan ketika roket dari gaza berterusan dilancarkan ke wilayah Israel.

Pertempuran terbaru itu tercetus selepas Israel membunuh komander kumpulan Islamic Jihad pada Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 10:23 AM