TENTERA Israel di sempadan Gaza berhampiran bandar Ashkelon. FOTO EPA
AFP

GAZA: Israel dan kumpulan Islamic Jihad bersetuju dengan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada pada jam 5.30 pagi (waktu tempatan) hari ini, kata sumber Mesir.

Perjanjian itu adalah hasil usaha kerajaan Mesir dan disokong pihak di Palestin termasuk Islamic Jihad, kata pegawai kanan Mesir.

Sumber Islamic Jihad mengesahkan perjanjian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 1:32 PM