GAMBAR file.
AFP

THE HAGUE: Siasatan diketuai Belanda dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 mendedahkan rakaman terbaru panggilan telefon antara pegawai tertinggi Rusia dan suspek yang dibicara atas kes terbabit.

AFP melaporkan, penyiasat membuat rayuan terbaru saksi berdasarkan rakaman telefon antara pemimpin DPR (kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk) dan pegawai terbabit.

“Hubungan antara pegawai Russia dan pemimpin DPR lebih rapat berbanding apa yang dianggap sebelum ini,” kata ketua Bahagian Siasatan Jenayah polis Belanda, Andy Kraag dalam kenyataan video.

Pada Jun lalu, penyiasat berkata, tiga warga Russia dan seorang warga Ukraine akan dibicarakan pada Mac 2020 susulan insiden itu biarpun kemungkinan akan dilakukan secara `in absentia' (tanpa kehadiran mereka).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 8:55 PM