GAMBAR HIASAN
AFP

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membenarkan siasatan dilakukan berhubung kekejaman terhadap etnik Islam Rohingya termasuk jenayah kemanusiaan dan penindasan.

Kenyataan yang dikeluarkan mahkamah itu berkata, pendakwa raya diberi kuasa pendakwa raya meneruskan siasatan terbabit dalam bidang kuasa ICC berhubung isu berkenaan.

Katanya, siasatan akan melihat tindakan kejam yang dilakukan iaitu penghantaran pulang sebagai jenayah kemanusiaan dan penindasan berdasarkan etnik atau agama terhadap mereka.

Perkembangan terbaru itu meningkatkan tekanan terhadap Myanmar selepas ia berdepan dakwaan genosid awal minggu ini di Mahkamah Keadilan Antarabangsa iaitu mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 12:14 AM