THANAKORN (dalam bulatan) kini didakwa atas tuduhan membunuh. FOTO Agensi
AFP

BANGKOK: Seorang kerani yang menamatkan kejadian tembakan di sebuah mahkamah dengan merampas pistol milik pengawal dan menembak mati penyerang minggu ini, kini menghadapi dakwaan membunuh.

Dua peguam dan penyerang maut dalam kejadian tembakan di sebuah mahkamah di Chanthaburi, Selasa lalu, ketika perbicaraan mengenai pertikaian tanah.

Menurut polis, seorang kerani peguam, Thanakorn Theeravarodom, mengambil pistol daripada seorang pengawal dan menembak mati suspek, seorang pesara polis yang terbabit dalam tuntutan berkenaan.

Jurucakap polis, Khomsorn Mabumrung berkata, kerani itu kini didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat.

“Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana mempertahankan diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 7:44 AM