Reuters

SEOUL: Pencipta lagu kanak-kanak ‘Baby Shark’, yang menjadi fenomena global berkata, firma itu menyasarkan pasaran China di mana ia kurang mendapat sambutan, dengan watak baru memaparkan dinosaur.

Irama popular mengenai keluarga ikan jerung itu dilaungkan ketika protes antikerajaan di Lubnan, dimainkan di Rumah Putih malah dipuji Presiden Donald Trump, selain turut menjadi ‘lagu tema’ juara Siri Dunia besbol, Washington Nasionals.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Kewangan SmartStudy, Ryan Lee berkata syarikat penerbit Korea Selatan itu menyasarkan China agar Baby Shark tidak menjadi sekadar ‘one hit wonder.’


‘BABY SHARK’ akan memaparkan karakter baru seekor dinosaur untuk pasaran China. FOTO REUTERS

“Siapa sangka ikan jerung boleh jadi sangat popular,” katanya.

Lagu Baby Shark yang mencecah 3.9 bilion tontonan di YouTube tersenarai sebagai video kelima paling banyak ditonton di laman itu.

Lee berkata, syarikat itu merancang menerbitkan siri animasi bertemakan Baby Shark dengan kerjasama rangkaian televisyen Nickelodeon.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 5:36 PM