HARIMAU Sumatera sama menyerang sekumpulan pelancong tempatan di Gunung Dempo. FOTO hiasan
AFP

JAKARTA: Seorang petani maut manakala seorang pelancong tempatan parah diserang harimau Sumatera dalam kejadian di ladang kopi di pulau Sumatera, semalam.

AFP yang memetik ketua agensi pemuliharaan Sumatera Selatan, Genman Hasibuan berkata, mangsa yang berusia 57 tahun sempat bergelut untuk menyelamatkan diri sebelum mati dibaham haiwan terbabit.

Kejadian itu berlaku sehari selepas harimau sama menyerang sekumpulan pelancong tempatan yang berkhemah di sebuah ladang teh di Gunung Dempo.

Salah seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan pada bahagian belakang apabila harimau terbabit secara tiba-tiba masuk ke dalam khemah dan menyerangnya.

Hasibuan berkata, harimau yang berkeliaran di kawasan hutan dilindungi itu dipercayai adalah salah seekor daripada 15 harimau terancam di Sumatera Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 6:27 PM