DEDI Prasetyo
AFP

JAKARTA: Polis menahan 45 suspek selepas satu serangan bunuh diri yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daish dilakukan di sebuah balai polis hingga mencederakan enam yang lain di Medan, Indonesia minggu lalu.

AFP yang memetik jurucakap polis, Dedi Prasetyo berkata, mereka ditahan selepas serangan dilakukan pada Rabu lalu manakala dua penyerang berjaya ditembak mati.

Antara ditahan termasuk isteri kepada penyerang terbabit dan mentor mereka yang dikatakan mempunyai peranan dalam serangan itu serta ada kaitan dengan Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

“Si isteri dan suami (penyerang) adalah anggota rangkaian JAD. Mereka mengikuti latihan di kem tentera dan diajar untuk membeli senjata,” kata Dedi.

Katanya, serangan di balai polis itu dilakukan sebagai balas dendam selepas anggota kumpulan militan ditahan oleh pasukan anti-pengganas Densus 88.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 6:42 PM