PENUNJUK perasaan melarikan diri melalui saluran pembetung. FOTO/REUTERS
Reuters

HONG KONG: Penunjuk perasaan antikerajaan yang terperangkap dalam sebuah universiti cuba melarikan diri menerusi saluran pembetung, namun gagal apabila dihalang bomba.

Anggota bomba dilaporkan menyekat laluan masuk ke dalam saluran pembetungan yang terletak di tempat parkir bawah tanah kampus Universiti Politeknik.

“Pembetungan itu sangat busuk, dipenuhi lipas dan juga terdapat banyak ular,” kata pelajar Bowie, 23.

Pelajar itu memberitahu terpaksa berpatah balik kerana air mengalir dengan deras selepas meredah air kotor selama sejam bersama rakannya.

“Apabila sampai di hujung saluran, kami mendapati masih berada dalam kampus,” katanya.

Sementara itu, saksi mendakwa kurang daripada 100 penunjuk perasaan masih di dalam perkarangan Universiti Politeknik yang kini dikepung polis.

Pada Isnin lalu, polis menahan lebih 1,000 orang termasuk segelintir yang menyerah diri manakala ada ditangkap ketika cuba menggunakan tali untuk menurun dari tempat tinggi.

Namun, penunjuk perasaan muncul semula di kampus selepas gagal keluar dari saluran pembetungan pada waktu malam.

Kurang pasti sekiranya ada yang berjaya melarikan diri menerusi saluran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 8:23 PM