KERETA yang terjunam ke dalam takungan air panas dibawa keluar menggunakan kren. FOTO Mail online
Agensi

MOSCOW: Dua lelaki mati direbus hidup-hidup apabila kereta mereka terjatuh ke dalam takungan air panas akibat tanah jerlus di tempat parkir di Russia, semalam.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku di Penza apabila mangsa terperangkap dalam kereta terbabit hingga menyebabkan mereka mati serta merta.

Kejadian dipercayai berpunca akibat paip air panas yang pecah di bawah tanah lalu menyebabkan ia jerlus.

Beberapa gambar menunjukkan anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mayat menggunakan kren dari takungan air berkenaan.

Wartawan tempatan memberitahu, terdapat sebuah kereta melalui kawasan itu sebelum berlakunya kejadian malang terbabit.

“Pada mulanya, terdapat seorang pemandu ternampak permukaan tanah mula mengeluarkan wap dan dia terus memecut kenderaannya.

“Tidak lama selepas itu, dua lelaki ini datang dan memarkir kereta sebelum tanah itu jerlus di bawah mereka,” katanya.

ANGGOTA penyelamat bersama mayat dua lelaki yang maut dalam insiden itu. FOTO Mail online

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 11:43 PM