KESEMUA 16 individu dilaporkan dalam keadaan sihat. FOTO hiasan
Reuters

DUBLIN: Seramai 16 orang ditemui masih hidup dalam sebuah treler di atas feri yang dalam perjalanan dari Perancis ke Ireland, hari ini.

Pengendali feri Sweden Stena Line dalam satu kenyataan berkata, semua individu terbabit dalam keadaan sihat.

Mereka ditemui ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan selepas feri itu berlepas dari pelabuhan Cherbourg, Perancis dan menuju ke Rosslare, Ireland.

Feri berkenaan dijangka tiba di Ireland pada jam 3.30 petang waktu tempatan.

Pada 23 Oktober lalu, 39 mayat ditemui dalam sebuah kontena berhampiran London.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 10:07 PM