SEKOLAH Tinggi Saugus di Santa Clarita, California. FOTO AFP
AFP

LOS ANGELES: Remaja yang menembak dua rakan sekelas di sebuah sekolah di California minggu lalu, sebelum menembak dirinya dikenal pasti menggunakan 'kit gun' (pistol utiliti pelbagai guna) yang tidak boleh dikesan, kata pihak berkuasa semalam.

 

Syerif Daerah Los Angeles, Alex Villanueva, berkata 'senjata hantu' yang digunakan oleh Nathaniel Berhow itu tidak mempunyai nombor siri.

 

“Kit gun yang juga 80 peratus senjata, dijual di pameran senjata atau dibeli secara atas talian.

 

“Ia dijual dalam beberapa set bahagian sedia untuk dipasang sendiri dan boleh dibeli secara sah.

 

“Namun disebabkan pistol itu tidak didaftarkan maka tiada siapa tahu pemiliknya, justeru ia sangat berbahaya,” kata Villanueva kepada ABC7.

Katanya lagi dalam satu kenyataan, tidak jelas siapa yang memasang pistol kaliber 45 yang digunakan Berhow semalam semasa kejadian amuk di Sekolah Tinggi Saugus.

Dua pelajar terbunuh dan beberapa lagi cedera sebelum Berhow yang menyambut kelahirannya ke 16 pada hari itu, menembak kepalanya sendiri dan disahkan mati keesokannya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 10:46 AM