X
ORANG ramai beratur untuk membuang undi pilihan raya majlis daerah hari. FOTO AFP
ORANG ramai beratur untuk membuang undi pilihan raya majlis daerah hari. FOTO AFP
AFP

HONG KONG: Penduduk Hong Kong mengundi dalam pilihan raya majlis daerah hari ini menerusi gerakan pro demokrasi yang diharap dapat memberi mesej kepada kerajaan disokong Beijing itu.

AFP melaporkan, keadaan di bandar itu masih kecoh dengan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan terutama ketika menjelangnya hari mengundi.

Ketika Hong Kong dilingkari dengan protes ganas, calon pro demokrasi berharap dapat memberi mesej kepada Ketua Eksekutif Carrie Lam dan kerajaan pro Beijing yang enggan tunduk kepada tuntutan pergerakan itu.

Rakyat akan mengundi untuk memilih 452 ahli majlis di 18 daerah untuk mewakili mereka.

Hampir 400,000 pengundi baru mendaftar dan ia dianggap sebagai petanda positif terhadap kumpulan pro demokrasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 12:59 PM