AFP

LONDON: Seorang pemandu warga Britain mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian 39 pendatang asing warga Vietnam yang mayat mereka ditemui dalam sebuah trak sejuk beku di timur London pada 23 Oktober lalu.

AFP melaporkan, Maurice Robinson, 25, mengaku bersalah terhadap dua daripada 43 tuduhan konspirasi membawa masuk pendatang asing secara haram.

Mayat lapan wanita dan 31 lelaki ditemui dalam trak berkenaan di zon perindustrian di Grays, Essex selepas tiba menerusi feri kargo dari pelabuhan Zeebrugge, Belgium.

Robinson yang berasal dari Ireland Utara berdepan 39 tuduhan menyebabkan kematian, konspirasi menyeludup manusia, konspirasi membantu pendatang haram dan pengubahan wang haram.

Polis semalam berkata, seorang lagi lelaki berusia 36 tahun ditahan untuk siasatan kerana disyaki melakukan perbuatan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 10:49 AM
Digital NSTP Subscribe