X
TIKTOK memohon maaf kepada seorang pengguna selepas menyekat videonya yang mengkritik layanan China ke atas penduduk Islam sebelum dimasukkan semula dalam tempoh kurang sejam. FOTO REUTERS
TIKTOK memohon maaf kepada seorang pengguna selepas menyekat videonya yang mengkritik layanan China ke atas penduduk Islam sebelum dimasukkan semula dalam tempoh kurang sejam. FOTO REUTERS
Reuters

SHANGHAI: Aplikasi media sosial, TikTok memohon maaf kepada seorang pengguna selepas menyekat videonya yang mengkritik layanan China ke atas penduduk Islam sebelum dimasukkan semula dalam tempoh kurang sejam.

Reuters melaporkan, pengguna terbabit dikenali sebagai Feroza Aziz memuat naik video menghias wajah minggu lalu sambil mengulas mengenai cara penduduk Islam dilayan sekali gus ingin meningkatkan kesedaran umum terhadap isu berkenaan.

Bagaimanapun, dia menerusi akaun Twitter memberitahu video itu disekat oleh TikTok selama sebulan dan memuat naik satu video semalam untuk memberitahu mengenai perkara itu.

Dia tidak menyebut penduduk Islam keturunan Uighur dalam video itu namun menjelaskan bahawa dia merujuk kepada kumpulan etnik minoriti.

Kontroversi terhadap video yang disaksikan sebanyak 1.6 juta kali itu timbul ketika aplikasi milik syarikat China, ByteDance itu disiasat oleh panel keselamatan negara Amerika Syarikat (AS) mengenai pengendalian data peribadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 November 2019 @ 1:53 PM