17 orang daripada empat keluarga tertimbus hidup-hidup ketika nyenyak tidur selepas dihempap dinding yang runtuh akibat hujan lebat di Tamil Nadu.
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang daripada empat keluarga tertimbus hidup-hidup ketika nyenyak tidur selepas dihempap dinding yang runtuh akibat hujan lebat di Tamil Nadu, India.

AFP yang memetik Times of India melaporkan, mangsa termasuk dua kanak-kanak itu ditimpa dinding setinggi enam meter sekitar jam 5.30 pagi, kira-kira 50 kilometer di utara Coimbatore.

Kejadian seumpama itu dilaporkan sering berlaku di India ketika musim hujan apabila struktur yang didirikan tidak kukuh menyebabkannya mudah runtuh.

Pada Julai lalu, sebuah dinding turut menghempap penduduk di Mumbai yang meragut 30 nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 2:31 PM