KEADAAN kilang membuat jubin di Sudan meletup dan terbakar.
AFP

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 16 maut manakala lebih 90 orang cedera apabila sebuah kilang membuat jubin di Sudan meletup dan terbakar.

Menurut doktor dan saksi, asap hitam tebal memenuhi langit selepas kebakaran berlaku di kawasan kilang di zon perindustrian di utara Khartoum.

Menurut laporan awal doktor, mangsa dibawa ke beberapa hospital di ibu negara dan menggesa doktor yang bercuti untuk bertugas.

Televisyen tempatan melaporkan, ‘kehilangan banyak nyawa dan harta’ dalam kebakaran itu.

“Letupan itu sangat kuat. Beberapa kereta yang diletakkan berhampiran kilang turut terbakar,” kata seorang saksi yang bekerja di sebuah kilang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 9:34 PM