GAMBAR hiasan.
AFP

PALEMBANG (Indonesia): Seorang penanam kopi maut dibaham harimau Sumatera semalam, sekali gus menjadikannya kes kedua membabitkan spesis haiwan terancam itu dalam tempoh kurang sebulan.

AFP melaporkan, kejadian terbaru berhampiran bandar Pagaralam, Sumatera itu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya tidak masuk ke kawasan hutan.

Menurut pihak berkuasa, mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarga yang mencarinya selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

“Pada mulanya, keluarga mangsa menyangkakan dia bermalam di pondok ladang berkenaan,” kata ketua polis tempatan, Dolly Gumara.

Bulan lalu, seorang penanam kopi maut manakala pelancong tempatan cedera akibat dibaham haiwan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 3:15 PM