SYDNEY: Bersempena sambutan Krismas, dua pekerja ‘membungkus’ semua barangan dalam pejabat majikan mereka termasuk menampal dinding dengan kertas pembalut merah ketika bos itu mengambil cuti sakit.
Penulis dan pencipta Podcast, Jo Thornely berkongsi video pejabat majikannya yang dihiasi dengan kertas pembalut di Twitter sebagai gurauan.
Dalam video itu, komputer, papan kunci, bingkai gambar, kerusi, meja dan juga pensil turut dibalut kertas pembalut berwarna merah dengan gambar Santa Claus dan rusa kutub.
Jo memberitahu Yahoo gurauan itu dilakukan dengan bantuan seorang rakan sekerja ketika majikannya bercuti sakit.
Ramai bertanyakan masa yang dihabiskan untuk hiasan itu, namun Jo belum menjawab pertanyaan mereka mahupun reaksi majikannya.