GAMBAR hiasan.
AFP

BENI, DR Congo: Sekumpulan penyerang disyaki militan Angkatan Demokrat Bersekutu (ADF) memenggal kepala 16 penduduk sebuah kampung di Mbau semalam.

Jurucakap rangkaian pertubuhan masyarakat sivil, Jamal Moussa berkata militan pada mulanya menyerang penduduk di ladang sebelum ke kampung di Mantumbi.

“Sebanyak 16 mayat tanpa kepala ditemui dalam operasi yang bermula pada petang,” katanya.

Di bandar Beni, tiga orang awam cedera dalam satu letupan semalam, kata pihak berkuasa.

Sejak awal bulan lalu, ADF melakukan beberapa siri pembunuhan selepas pasukan keselamatan DR Congo melancarkan operasi terhadap kumpulan itu di rantau timur.

Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh sejak 5 November lalu dalam serangan yang dipercayai dilakukan ADF.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 10:00 PM