PASUKAN keselamatan cuba mengawal kebakaran hutan Werombi, selatan Australia. FOTO Reuters
PASUKAN keselamatan cuba mengawal kebakaran hutan Werombi, selatan Australia. FOTO Reuters
AFP

SYDNEY: Beberapa kebakaran hutan di utara Sydney membentuk ‘kebakaran mega’ yang marak di luar kawalan.

Pihak berkuasa memberi amaran bomba sudah tidak dapat mengawal kebakaran.

Timbalan Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales, Rob Rogers berkata lebih lapan kebakaran bergabung membentuk ‘kebakaran mega’ di kawasan hutan simpanan.

Rogers berkata, bomba tidak dapat berbuat apa-apa, namun akan berusaha membantu penduduk terjejas keluar dan melindungi harta benda.

Beliau berharap cuaca kering dan berangin akan berakhir segera.

“Kami tidak dapat memadamkan api ini, tetapi akan berusaha untuk membendungnya,” katanya kepada ABC.

Api marak membakar kawasan seluas 300,000 hektar yang terletak kira-kira sejam dari Sydney yang kini diselubungi jerebu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 12:32 AM