SEORANG lelaki berdiri di atas runtuhan rumah selepas serangan udara di rantau barat laut Idlib. FOTO/AFP
AFP

AL-BARA: Serangan udara dilancarkan rejim Syria dan Russia pada hari ini membunuh 19 orang awam dengan lapan daripadanya kanak-kanak.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria dalam kenyataannya berkata serangan udara di rantau barat laut Idlib turut mencederakan beberapa orang.

Serangan udara dilancarkan Russia membunuh tiga orang dan seorang kanak-kanak di kampung Al-Bara di selatan rantau itu.

Sembilan lagi orang awam termasuk tiga kanak-kanak di perkampung berhampiran, Balyun turut terbunuh.

Manakala bom tong digugurkan helikopter kerajaan meragut nyawa lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak di kampung Abadeeta yang terletak di kawasan sama.

Seorang lagi kanak-kanak maut di Bajghas dalam serangan dilakukan pesawat rejim Syria.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 11:57 PM