Afrika Selatan mempunyai lombong terdalam di dunia.
AFP

JOHANNESBURG: Empat pelombong emas yang terperangkap di bawah runtuhan, ditemui mati selepas berlakunya gegaran di timur laut Afrika Selatan, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pelombong kelima berjaya diselamatkan dengan kecederaan serius selepas kemalangan di Lombong Tau Lekoa di Orkney.

“Empat pekerja lombong dijumpai mati. Orang terakhir yang dihubungi berkata: ‘Kami sesak nafas, tolong berikan kami oksigen’,” kata presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Lombong (NUM), Joseph Montisetse.

Kemalangan maut membabitkan pelombong adalah perkara biasa di Afrika Selatan, yang mempunyai lombong terdalam di dunia, apabila ia mencatatkan sekitar 81 kematian untuk tahun lalu sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:02 PM