PENUNJUK perasaan membanjiri jalan raya di Hong Kong.
AFP/Reuters

HONG KONG: Penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Hong Kong hari ini sebagai tanda sokongan kuat bantahan itu, dengan memberi amaran kepada pemimpin pro Beijing di bandar itu mempunyai peluang terakhir untuk mengakhiri krisis politik.

Penganjur menganggarkan kira-kira 800,000 orang berarak berdekatan pusat kewangan bandar sebagai tanda protes itu sudah berlangsung selama enam bulan.

Pasukan polis bandar memberitahu media tempatan, walaupun jumlah 183,000 orang direkodkan paling rendah menyertai kemuncak tunjuk perasaan namun ia masih dianggap anggaran tertinggi bulanan.

Pihak berkuasa memberikan lampu hijau kepada Barisan Hak Asasi Manusia Sivil (CHRF), penganjur perarakan aman yang disertai jutaan orang pada Jun lalu, untuk mengadakan perhimpunan, juga kali pertama kumpulan berkenaan diberi kebenaran membuat bantahan sejak 18 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 10:05 PM