PULAU Mayotte bakal dilanda Taufan Belna.
AFP

MAMOUDZOU: Pulau Mayotte mengumumkan amaran merah apabila taufan Belna mendekati kawasan itu hari ini, yang mengancam suku juta orang.

Ribut itu dijangka melanda sekitar 7 malam waktu tempatan dan pihak berkuasa pulau memberi amaran kepada penduduk untuk kekal di dalam rumah dan tidak keluar dalam apa jua keadaan.

Sekitar tengah hari, siklon itu berada kira-kira 160 kilometer di timur laut pulau berkeluasan 374 kilometer persegi.

Hampir 256,000 penduduk di pulau itu dinasihatkan agar menyediakan bekalan air minum mencukupi.

Lapangan terbang ditutup manakala jalan raya di pulau itu dihadkan keluar bermula petang tadi.

Ia adalah siklon ketiga yang melanda pulau itu dalam 50 tahun, kata wakil kerajaan Jean-Francois Colombet.

Siklon itu juga mengancam Madagascar, sebuah pulau yang lebih besar di selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 10:47 PM