JUMLAH korban kebakaran kilang beg di ibu kota India awal pagi ini meningkat kepada 43 orang.
AFP

NEW DELHI: Jumlah korban kebakaran kilang beg di ibu kota India awal pagi ini meningkat kepada 43 orang.

Bencana itu adalah yang terburuk di New Delhi apabila 59 pengunjung panggung wayang maut pada 1997.

Saudara-mara mangsa memberitahu mereka mendapat panggilan kecemasan daripada pekerja kilang sekitar 5.00 pagi waktu tempatan, merayu diselamatkan daripada kebakaran di premis di Sadar Bazar.

Bangunan empat tingkat itu menempatkan siri unit pembuatan barangan termasuk beg sekolah dan bahan pembungkusan yang menyebabkan api cepat marak, kata pegawai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 12:26 AM