ASAP keluar daripada gunung berapi White Island. FOTO/AFP
AFP

Wellington: Gunung berapi di White Island, New Zealand meletus secara tiba-tiba hari ini dan pihak berkuasa bimbang dengan keselamatan sekumpulan pendaki yang berada di kawah gunung itu.

Agensi Pengurusan Bencana berkata, letusan sederhana berlaku di White Island dan kawasan sekitar gunung berapi itu diletakkan dalam keadaan bahaya.

Beberapa kamera yang menyiarkan secara langsung pemandangan gunung berapi itu menunjukkan kira-kira 12 pendaki berjalan di kawah sebelum imej menjadi gelap apabila letusan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 11:30 AM