KIRA-KIRA 50 orang termasuk pelancong asing berada di White Island ketika itu. FOTO: Agensi
Agensi

CHRISTCHURCH: Seorang pelancong sempat mengongsikan di Twitter pengalamannya menyaksikan letusan gunung berapi White Island termasuk video menunjukkan kejadian mengerikan itu.

“Gunung berapi White Island di New Zealand meletup hari ini untuk kali pertama sejak 2001. Saya sekeluarga baru turun darinya 20 minit lalu dan sedang menunggu di bot ketika ia berlaku.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaannya, menaiki bot pulang sambil membantu orang ramai yang cedera,” katanya di Twitter, dipetik Reuters.

Seorang terbunuh dan beberapa yang lain cedera, selain beberapa mangsa lain masih dilaporkan hilang selepas gunung berapi berkenaan meletup tanpa amaran di timur Pulau Utara New Zealand.

Video dikongsikan Schade di Twitter ketika bot dinaiki meninggalkan pulau itu menunjukkan asap dan abu putih tebal udara manakala sekumpulan pelancong turut dilihat berada ketakutan di tepi pantai.

Sementara itu, AFP memetik penolong pesuruhjaya polis, John Tims berkata kira-kira 50 orang termasuk pelancong asing berada di White Island ketika itu.

“Pada peringkat ini masih terlalu berbahaya untuk polis dan anggota penyelamat pergi ke pulau itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 4:10 PM