GENNADY Andreev dan Ruslan Klemenchuk ketika ditahan.
Agensi

KIEV: Sepasang kasih mati ditanam hidup-hidup dan masih berpegangan tangan apabila dua pencuri menyerang ketika mereka berasmara dalam kereta sebelum turut melarikan kenderaan itu.

Gennady Andreev, 39, dan Ruslan Klemenchuk, 36, menyerang pasangan kekasih itu, ahli perniagaan Yury Beznischenko, 44, serta Alla Vitryak, 40, ketika mangsa berasmara di dalam hutan berhampiran Gutyrivka, Ukraine.

Pasangan itu dilaporkan sering pergi ke situ untuk bersama, lapor Daily Mail dan tanpa disedari menarik perhatian penjahat berkenaan.

Mahkamah Daerah Poltava diberitahu, pada Jun 2016, Andreev dan Klemenchuk menyerang pasangan itu ketika mereka berasmara. Mangsa ditembak dan dirompak sebelum ditanam hidup-hidup dan rayuan mereka supaya dilepaskan langsung tidak diendahkan tertuduh.

Andreev kemudian mengambil kenderaan SUV Volkswagen Touareg milik Beznischenko dan menyoroknya di garaj rumahnya. Setahun kemudian, dia ditangkap ketika cuba menjual sisa kereta itu di Internet.

Susulan itu, Andreev dipenjara seumur hidup manakala Klemenchuk dijel 12 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 9:34 PM