PENDUDUK dan pegawai perhutanan memeriksa bangkai gajah terbabit. FOTO: AFP
AFP

KOLKATA: Dua gajah mati dirempuh sebuah kereta api yang membawa penumpang ketika melintas landasan di timur India hari ini.

Jurucakap Kereta Api Frontier Utara, Subhanan Chanda berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi waktu tempatan dan salah satu gajah didapati bunting.

“Kemalangan itu berlaku mungkin disebabkan kabus tebal di kawasan berkenaan,” katanya.

BANGKAI gajah dibakar berhampiran landasan kereta api. FOTO: AFP

Bangkai dua gajah itu dihiasi dengan bunga dan disembahyangkan penduduk sebelum dibakar di lokasi kejadian.

Sejak lima tahun lalu, sekurang-kurangnya 26 gajah mati dan banyak lagi cedera akibat dirempuh kereta api di kawasan terbabit yang terletak berhampiran sempadan Nepal.

Pegawai Perhutanan dan hidupan liar sudah berulang kali meminta pengurusan kereta api untuk menghentikan operasinya pada waktu malam bagi mengelak kemalangan sedemikian berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 7:46 PM