FOTO AFP
Reuters

BAITULMAQDIS: Israel akan mengadakan pilihan raya pada 2 Mac tahun depan, yang ketiga dalam masa kurang dari setahun.

Parlimen memutuskannya hari ini selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pencabar utamanya gagal memperoleh kemenangan pada dua pilihan raya sebelum ini untuk membentuk gabungan kerajaan baru.

Dengan 94 undian menyokong dan tiada bantahan, perundangan Israel meluluskan usul membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya baru.

Ia dibuat beberapa jam selepas tarikh akhir membentuk kerajaan berikutan pilihan raya September lalu berakhir.

Sebagai Perdana Menteri, Netanyahu tidak perlu meletak jawatan disebabkan pendakwaan dan cuba mendapatkan imuniti daripada pendakwaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 1:21 PM