FOTO AP.
Reuters

HONG KONG: Polis Hong Kong menahan tiga orang kerana melakukan pembakaran dan vandalisme di Kowloon, lewat malam semalam.

Menurut pihak polis, remaja perempuan berusia 15 tahun, remaja lelaki berusia 16 tahun dan seorang lelaki berusia 29 tahun, ditahan kerana merosakkan bus awam manakal pelaku keempat berjaya melarikan diri.

Menurut laporan polis, suspek berempat menaiki bas berkenaan kemudian menekan butang kecemasan dan memecahkan tingkap dengan tukul.

Polis turut menerima laporan sekurang-kurangnya lima orang dikatakan membaling bom petrol di sebuah restoran Jepun di pusat beli-belah di Cheung Sha Wan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Beberapa orang pula dilaporkan menyebabkan kebakaran di persimpangan jalan di Mong Kok, sebuah kawasan yang sering menjadi lokasi pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis selama lebih enam bulan ketika bantahan di bandar raya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 1:59 PM