GAMBAR hiasan
AFP

RIYADH: Tiga banduan maut dan 21 yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah penjara, lapor media kebangsaan.

Banduan terpaksa dipindahkan manakala mereka yang cedera dikejarkan ke hospital susulan kebakaran waktu subuh di penjara Al-Malaz itu, kata pihak berkuasa penjara dalam kenyataan disiarkan Saudi Press Agency.

“Bomba dengan bantuan pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran dan menghalangnya merebak.

“Tiga kematian dilaporkan manakala 21 cedera dalam kejadian itu,” kata kenyataan berkenaan.

Punca kejadian tidak dinyatakan, tetapi siasatan kini dilancarkan.

Kebakaran lazim berlaku di negara itu kadangkala disebabkan kurangnya penguatkuasaan peraturan keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 10:34 PM