CORBYN dan isteri, Laura Alvarez, berjalan ke pusat mengundi di London, semalam. FOTO Reuters
Reuters

BAITULMAQDIS: Israel menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan kebangkitan parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn yang dianggap ancaman hubungan kedua-dua negara serta tidak kepada Yahudi Britain.

Corbyn adalah veteran yang menyokong aktivis pro-Palestin dan media negara itu melaporkan, ada penduduk Yahudi Britain menyatakan kemungkinan berpindah jika beliau terpilih sebagai perdana menteri.

“Pilihan raya ini amat mengganggu kami. Memang benar kami tidak boleh menyatakan menyokong mana-mana pihak atau calon tertentu namun Corbyn adalah bahaya kepada hubungan Israel-Britain dan saya tahu Yahudi Britain amat bimbang dengan kemungkinan itu,” kata Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.

Corbyn sebelum ini pernah mendesak mengiktiraf Palestin sebagai negara serta meminta eksport senjata Britain ke Israel dikaji semula yang menimbulkan kemarahan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Minggu lalu, Menteri Luar Israel, Israel Katz, secara terbuka berkata, beliau berharap Corbyn akan kalah kepada Boris Johnson.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 9:44 AM